UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
    PERTANDINGAN FUTSAL PIALA MUTIARAfm EDISI 2011

    UNDANG-UNDANG
    Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

    PENGENALAN
    1. Kejohanan ini dikenali sebagai PERTANDINGAN FUTSAL PIALA MUTIARAfm EDISI 2011 dianjurkan oleh Kelab Gelombang RTM Pulau Pinang.
    2. Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh seorang ketua pengadil.
    TARIKH DAN TEMPAT
    1. Kejohanan ini akan diadakan pada 4-5 JUN 2011 bertempat di Gelanggang Futsal Safira Sports Planet Seberang Jaya, Pulau Pinang.
    2. Pertandingan akan dijalankan di gelanggang tertutup.
    3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 MEI 2011 (ISNIN) dan undian akan dijalankan pada 1 JUN 2011 (RABU) DI AUDITORIUM MUTIARAFM PADA PUKUL 3.00 PETANG. Pengurus/wakil pasukan dijemput hadir.
    4. Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil dalam pasukan.
    FORMAT KEJOHANAN
    1. Pertandingan akan dijalankan secara KALAH MATI DI PUSINGAN KELAYAKAN dan SECARA LIGA BAGI 32 PASUKAN YANG TERAKHIR BERJAYA MARA. 32 pasukan yang mara akan dibahagikan kepada 8 kumpulan iaitu Kumpulan A hingga H. 2 pasukan berada di kedudukan pertama dan kedua bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan suku akhir kemudian ke separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir yang dijalankan secara kalah mati.
    2. Masa perlawanan adalah selama 15 minit iaitu 7 minit pada separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat.
    3. Sekiranya berlaku keputusan seri pada peringkat pusingan kalah-mati, kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti (3 sepakan).
    KATEGORI PERTANDINGAN
    1. Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja dan TERBUKA kepada semua pasukan futsal terdiri daripada remaja dan belia- belia.
    2. Syarat umur bagi penyertaan pemain adalah 15 TAHUN HINGGA 40 TAHUN.
    SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
    1. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 7 ORANG (5 pemain dan 2 simpanan) dan SEORANG PENGURUS PASUKAN. 
    2. Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.
    3. Setiap pasukan dikenakan YURAN PENYERTAAN RM 250.00. 
    4. Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.
    5. Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu- satu perkara adalah muktamad.
    SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
    1. Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.
    2. Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 20 minit sebelum perlawanan dimulakan.
    3. Tempoh masa menunggu adalah 10 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah seperti berikut:-  Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.
    4. Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.
    5. Pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai.
    6. Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 10 minit sebelum pertandingan.
    7. Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.
    8. Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 200.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.
    9. Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.
    10. Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.
    11. Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.
    12. Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.
    13. Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
    HADIAH PERTANDINGAN
    1. Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Johan, Naib Johan, Tempat ke-3, Tempat ke-4 dan Tempat ke-5 hingga ke-8.
    2. Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut:
    HADIAH PERTANDINGAN FUTSAL PIALA MUTIARAfm
    KEDUDUKAN
    HADIAH
    Johan
    RM 5000 + Medal + Piala Pusingan Mutiarafm (Akan dikembalikan)
    Naib Johan
    RM 3000 + Medal
    Ke-3
    RM 2000 + Medal
    Ke-4
    RM 1500
    Ke-5 hingga Ke-8
    RM 1000

    “MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

    No comments:

    Post a Comment