BORANG PENYERTAAN & PEMBAYARAN YURAN PENYERTAAN

    Dapatkan borang penyertaan di tempat-tempat berikut :-
    • Melalui laman blog Futsal Mutiarafm - Klik Sini
    • Pejabat RTM Pulau Pinang Jalan Burma
    • Safira Sport Planet Seberang Jaya
    • NSC Futsal Gelugor
    Cara pembayaran yuran penyertaan :-
    • Melalui akaun MAYBANK Setiausaha Kelab Gelombang RTM Pulau Pinang 152116113338 (PHIROSE SANJAY BIN MD HUSSAIN).
    • Hadir ke Pejabat RTM Pulau Pinang Jalan Burma untuk bayaran terus.
    Penghantaran borang penyertaan :
    • Hantar terus ke Pejabat RTM Pulau Pinang Jalan Burma.
    • Melalui pos ke alamat : 
                    JABATAN PENYIARAN MALAYSIA
                    JALAN BURMA
                   10350 PULAU PINANG
                    U/P : EN PHIROSE SANJAY BIN MD HUSSAIN
    • Melalui faks : 04-2266479
    * SETIAP BORANG PENYERTAAN YANG DIHANTAR PERLU DISERTAKAN SLIP PEMBAYARAN SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN YURAN PENYERTAAN.

      UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
      PERTANDINGAN FUTSAL PIALA MUTIARAfm EDISI 2011

      UNDANG-UNDANG
      Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.

      PENGENALAN
      1. Kejohanan ini dikenali sebagai PERTANDINGAN FUTSAL PIALA MUTIARAfm EDISI 2011 dianjurkan oleh Kelab Gelombang RTM Pulau Pinang.
      2. Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh seorang ketua pengadil.
      TARIKH DAN TEMPAT
      1. Kejohanan ini akan diadakan pada 4-5 JUN 2011 bertempat di Gelanggang Futsal Safira Sports Planet Seberang Jaya, Pulau Pinang.
      2. Pertandingan akan dijalankan di gelanggang tertutup.
      3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 MEI 2011 (ISNIN) dan undian akan dijalankan pada 1 JUN 2011 (RABU) DI AUDITORIUM MUTIARAFM PADA PUKUL 3.00 PETANG. Pengurus/wakil pasukan dijemput hadir.
      4. Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil dalam pasukan.
      FORMAT KEJOHANAN
      1. Pertandingan akan dijalankan secara KALAH MATI DI PUSINGAN KELAYAKAN dan SECARA LIGA BAGI 32 PASUKAN YANG TERAKHIR BERJAYA MARA. 32 pasukan yang mara akan dibahagikan kepada 8 kumpulan iaitu Kumpulan A hingga H. 2 pasukan berada di kedudukan pertama dan kedua bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan suku akhir kemudian ke separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir yang dijalankan secara kalah mati.
      2. Masa perlawanan adalah selama 15 minit iaitu 7 minit pada separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat.
      3. Sekiranya berlaku keputusan seri pada peringkat pusingan kalah-mati, kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti (3 sepakan).
      KATEGORI PERTANDINGAN
      1. Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja dan TERBUKA kepada semua pasukan futsal terdiri daripada remaja dan belia- belia.
      2. Syarat umur bagi penyertaan pemain adalah 15 TAHUN HINGGA 40 TAHUN.
      SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
      1. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 7 ORANG (5 pemain dan 2 simpanan) dan SEORANG PENGURUS PASUKAN. 
      2. Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.
      3. Setiap pasukan dikenakan YURAN PENYERTAAN RM 250.00. 
      4. Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.
      5. Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu- satu perkara adalah muktamad.
      SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
      1. Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.
      2. Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 20 minit sebelum perlawanan dimulakan.
      3. Tempoh masa menunggu adalah 10 minit daripada masa yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah seperti berikut:-  Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.
      4. Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.
      5. Pemain di wajibkan berpakaian sukan yang sesuai.
      6. Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 10 minit sebelum pertandingan.
      7. Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.
      8. Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM 200.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.
      9. Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.
      10. Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.
      11. Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.
      12. Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.
      13. Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
      HADIAH PERTANDINGAN
      1. Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Johan, Naib Johan, Tempat ke-3, Tempat ke-4 dan Tempat ke-5 hingga ke-8.
      2. Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut:
      HADIAH PERTANDINGAN FUTSAL PIALA MUTIARAfm
      KEDUDUKAN
      HADIAH
      Johan
      RM 5000 + Medal + Piala Pusingan Mutiarafm (Akan dikembalikan)
      Naib Johan
      RM 3000 + Medal
      Ke-3
      RM 2000 + Medal
      Ke-4
      RM 1500
      Ke-5 hingga Ke-8
      RM 1000

      “MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      Galeri Gambar

      HUBUNGI KAMI

      YANG DIPERTUA
      Kelab Gelombang RTM Pulau Pinang
      Jabatan Penyiaran Malaysia
      Peti Surat 433, Jalan Burma,
      10350 Pulau Pinang.

      Tel : 04-2264322 / 2267175
      Fax : 04-2266479
      Website : http://www.mutiarafm.gov.my


      JAWATANKUASA PERTANDINGAN FUTSAL MUTIARAfm EDISI 2011

      PENGURUS PERTANDINGAN
      MOHD MAZLAN BIN IDRIS

      AJK PENYERTAAN/PERTANDINGAN
      ANUAR BIN SAIDIN
      KAMAL BIN KAMARUDDIN
      AZMIZA BIN KUMTON

      AJK PROMOSI/PENAJAAN
      ASRI BIN ISHAK
      PHIROSE SANJAY BIN HUSSAIN
      MOHD FAUZI BIN MOHD DALI
      HARUL SHAHRIN BIN MOHD ALI

      AJK HADIAH/CENDERMATA
      UMAR BIN ABDULLAH
      SHAHILA BINTI SAID

      AJK KESELAMATAN/KEBERSIHAN/MAKANAN
      ROHAYA BINTI YADIN
      MUHAMAD FAZIL BIN ABDUL RAHAMAN
      LATARBELAKANG

      Pertandingan Futsal Piala Mutiarafm adalah anjuran Kelab Gelombang RTM Pulau Pinang bersama Radio Malaysia Mutiarafm bertujuan menyemarakkan lagi budaya sukan di kalangan masyarakat serta mengeratkan lagi hubungan antara pendengar dan Mutiarafm.